Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan air melimpah di tempat letak kenderaan di Hospital Umum Sarawak ketika banjir kilat melanda Kuching, pertengahan Mac lalu. Foto: Warga Kuching.

‘Bom hujan’ di Kuching hari ini

KUCHING, 18 Mac: Banjir kilat melanda sekitar Kuching hari ini susulan hujan lebat berterusan sejak malam tadi dikaitkan dengan kejadian ‘bom hujan’ kata Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.

Menurutnya, terminologi itu telah dikenal pasti sejak dua atau tiga tahun lalu menerusi kajian yang dijalankan terhadap perubahan iklim.

https://youtu.be/kWvE-Dj99jU
Fenomena bom hujan punca banjir kilat – Hazland

“Apa yang berlaku pagi ini, salah satu paten cuaca luar jangka seperti yang kita sebutkan sebelum ini susulan perubahan iklim, ia dipanggil sebagai ‘bom hujan’.

“Bom hujan adalah kejadian apabila berlaku hujan lebat secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat sehingga boleh menyebabkan berlakunya banjir kilat yang teruk, inilah yang kita katakan kesan daripada pemanasan global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis SAI World Water Day 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini pada Sabtu.

Sar-Alam Indah Sdn Bhd menyumbangkan RM200,000 untuk membiayai penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan bersama Universiti Swinburne Sarawak dalam menjalankan kajian projek perindustrian bertajuk ‘Sludge Accumulation Rate and Characteristics of Septic Tanks’ semasa menghadiri program SAI World Water Day 2023 di BCCK, di sini hari ini. Foto: TVS

Kata Hazland, banyak kawasan di sekitar Kuching dinaiki air khususnya kawasan kediaman penduduk yang merupakan salah satu kesan daripada perubahan iklim.

“Saya lihat di media sosial, banyak tempat di Kuching berlaku banjir kilat, sebenarnya inilah kesan daripada perubahan iklim.

“Sebab itu Kerajaan Sarawak telah membuat keputusan yang penting dalam tempoh tiga hingga empat tahun kebelakangan ini, dengan menubuhkan sebuah kementerian khas iaitu Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar (MESSty),” katanya.

Ia bukan sahaja berperanan dalam menangani isu tersebut, tetapi memanfaatkan sumber asli di Sarawak untuk menjana sumber pendapatan baharu menerusi strategi mitigasi perubahan iklim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan