KUCHING, 18 Mac: Ribut petir melanda Sarawak pada hari ini hingga jam 2 petang, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Amaran ribut petir bagi kawasan terlibat merangkumi kawasan Kuching, Serian, Samarahan dan Miri.
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Dikeluarkan pada: 9:00 pagi, 18 Mac 2023#ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/6REHtKnHkP
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 18, 2023
Beberapa kawasan di Kuching pada pagi ini dilaporkan mengalami banjir kilat berikutan ribut petir sejak tengah malam tadı.
Antara kawasan yang terjejas yang dilaporkan di media sosial adalah di kawasan Uni Garden dan Taman Samarindah di Kota Samarahan manakala di Kuching pula adalah di Batu 10, sekitar Jalan Hospital Umum Sarawak, Kampung Sinar Budi Baru, Taman Desa Wira, Batu 7 serta beberapa kawasan yang berdekatan.
Justeru orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sementara pengguna jalan raya diminta agar berhati-hati melalui kawasan yang dinaiki air. – TVS