Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Saingan suku akhir Kejohanan All England kali ini menjanjikan aksi perlawanan yang pasti menarik perhatian ramai peminat badminton, apabila pemain perseorangan lelaki nombor satu negara Lee Zii Jia akan berhadapan dengan pemain nombor dua dunia Kento Momota dari Jepun.
Lee Zii Jia. Foto: Bernama

Zii Jia tewaskan Naraoka, tempah tiket ke separuh akhir All England

ByBernama

KUALA LUMPUR, 18 Mac: Jaguh perseorangan badminton negara Lee Zii Jia akhirnya berjaya memecahkan belenggu tersingkir di pusingan awal, apabila mara ke separuh akhir Kejohanan All England 2023 dengan mengetepikan Kodai Naraoka, malam tadi.

Setelah berdepan kritikan kerana gagal melepasi pusingan kedua dalam empat kejohanan berturut-turut, pemain berusia 24 tahun itu memulakan langkah kanan di Utilita Arena di Birmingham, menewaskan bintang Jepun itu 21-9 pada set pertama.

Pemain nombor enam Naraoka memenangi set kedua 21-10, namun set penentuan menjadi milik Zii Jia, yang juga juara All England 2021, dengan kemenangan 21-13 usai 67 minit perlawanan.

Zii Jia yang berada di kedudukan nombor empat dunia adakan berdepan Shi Yu Qi (ranking ke-13) dari China, yang mudah mengalahkan rakan sepasukan Weng Hong Yang 21-9, 21-16.

Kali terahir Zii Jia menjuarai kejohanan ialah pada Terbuka Thailand, Mei tahun lepas, dan sejak itu beliau gagal untuk melepasi pusingan kedua dalam kejohanan yang disertainya iaitu Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia dan Terbuka Jerman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan