SANTUBONG, 17 Mac: Mayat seorang lelaki warga Myanmar ditemui di Perairan Pulau Salak kira-kira 7.2 kilometer dari Pusat Kawalan Bomba di Jeti Perikanan, Santubong di sini.
Mangsa, Win Myat Thu, 19, sebelum ini dilaporkan terjatuh dari kapal di perairan tersebut pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata mayat mangsa ditemui pada jam 1:05 tengah hari tadi iaitu pada hari ketiga operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Seramai tujuh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), sembilan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dengan kekuatan aset dua bot serta beberapa agensi penyelamat lain turut serta dalam SAR berkenaan.
Dengan penemuan mayat tersebut, SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 3 petang.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS