Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek (lima, kanan) bergambar pada Prapelancaran MYTV Mana-Mana di sebuah hotel hari ini.Foto Bernama.

TVS promosi keunikan Sarawak, sertai penstriman MYTV Mana – Mana

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 17 Mac: Operasi TVS di Sarawak telah memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengenali keunikan wilayah itu dengan lebih dekat.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, ini kerana TVS sentiasa mempromosikan keistimewaan di Sarawak yang tiada di tempat lain menerusi kandungan yang disiarkan.

“Seperti yang kita sedia maklum, TVS menjanjikan pelbagai program serta rancangan yang melibatkan identiti Sarawak terutamanya dalam aspek kebudayaan dan adat masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada majlis pelancaran perkhidmatan siaran televisyen penstriman Over the Top (OTT) percuma Malaysia, MYTV Mana – Mana di sini hari ini.

Menerusi aplikasi berkenaan, penonton akan dapat mengakses pelbagai kandungan program tempatan dan luar negara secara definisi tinggi, rangkaian siaran langsung televisyen dan radio pada bila – bila masa.

Sementara itu, Mohammad memberitahu, TVS juga merupakan salah satu penyiar yang menyediakan saluran televisyen percuma di platform MYTV Mana-Mana, selain Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Suke TV dan TV Al-Hijrah.

MYTV Mana-Mana kini boleh ditonton di mana2.my dan juga boleh dimuat turun menerusi aplikasi Google Play Store dan IOS App Store. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan