Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skuad tinju remaja Limbang diraikan ketibaan di Limbang bersama jurulatihnya Tony Tuang. Foto: PBSB Limbang

Peninju muda Limbang rangkul empat pingat pada kejohanan kebangsaan

ByTVS

LIMBANG, 17 Mac: Empat atlet tinju remaja Limbang di bawah bimbingan jurulatih Tony Tuang berjaya meraih pingat pada Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 yang julung kali diadakan di Dataran Kubah Ria, Kuching pada 6 hingga 11 Mac lepas.

Darren Dylan Benneth berjaya merangkul pingat gangsa kategori 60 kilogram (kg), Mcdicklas Laja meraih pingat perak kategori 63 kg, Marcos Robert membawa pulang pingat perak kategori 70 kg dan Maxkhender Ryan berjaya meraih pingat gangsa kategori 75 kg.

Pembantu Belia dan Sukan, PBSB Limbang, Aimy Alisha Charlie berkata keputusan itu menunjukkan perkembangan positif atlet-atlet muda terutama di Bahagian Limbang.

“Atlet tinju remaja Limbang menunjukkan potensi yang positif dalam Kejohanan Tinju Remaja Kebangsaan 2023 yang melabuhkan tirainya baru-baru ini,” katanya kepada TVS, hari ini.

Aimy turut menyambut ketibaan skuad tinju remaja Limbang di Lapangan Terbang Limbang pada Selasa lepas.

Dalam pada itu, Tony tetap bangga dengan pencapaian anak didiknya walaupun terlepas peluang pingat emas dalam kejohanan itu.

Walaupun berhadapan kekurangan fasiliti ketika latihan, anak didiknya tetap mempamerkan aksi cemerlang selain mampu memberi saingan kepada peninju dari bahagian lain.

Pencapaian membanggakan itu katanya perlu menjadi pembakar semangat kepada para peninju Limbang untuk terus memajukan diri dan seterusnya dapat menempah nama ke peringkat yang lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan