Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin semasa lawatan ke tapak taman rekreasi di Vista Perdana pada hari ini. Foto: TVS

Amalan hidup sihat, taman perumahan perlu dilengkapi tapak kemudahan rekreasi

MIRI, 17 Mac: Taman perumahan perlu dilengkapi kemudahan reakreasi agar penduduk berpeluang beriadah di sekitar kediaman, kata Dato Sri Lee Kim Shin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu menyifatkan fasaliti tersebut juga diyakini akan memupuk minat komuniti setempat mengamalkan gaya hidup sihat.

Menurutnya setakat ini Taman Perumahan Vista Perdana di Miri dilengkapi tiga taman rekreasi susulan itu pihak berwajib merancang untuk menambah kemudahan tersebut di kawasan Tudan pada masa akan datang.

“Rancangan saya, semua kawasan lapang ini secara tidak langsung akan dijadikan sebagai taman rekreasi mini untuk penduduk di kawasan perumahan supaya mereka boleh keluar ke taman rekreasi untuk berjalan pagi atau berjoging, dan kanak-kanak boleh keluar dan bermain.

“Itulah sebabnya kita ingin mempunyai tempat rekreasi untuk semua taman perumahan utama. Vista Perdana pun ada tiga, Desa Senadin dan Permyjaya malah bagi di Tudan akan disediakan dengan ruang terbuka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan  ke tapak taman rekreasi di Vista Perdana di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP), di sini, hari ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak itu juga berharap penduduk di kawasan Vista Perdana akan memanfaatkan kemudahan yang telah disediakan dengan sebaik mungkin.

“Kita ingin menggalakkan orang ramai untuk keluar dan bergaul másra dengan jiran masing-masing juga.”

“Jadi, apa yang saya ingin lakukan adalah untuk menggalakkan orang ramai di kawasan perumahan untuk keluar untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan melakukan senaman iaitu senaman pagi dan petang. Itulah objektif kita untuk mewujudkan lebih banyak tempat rekreasi. Kanak-kanak juga boleh keluar untuk bergaul dan bermain bersama-sama,” ujarnya.

Untuk rekord, Projek Taman Rekreasi Vista Perdana yang dilengkapi trek joging dan taman permainan siap dibina pada Disember 2022  di bawah seliaan Majlis Bandaraya Miri (MBM).

Taman terbabit akan dinaik taraf dari masa ke masa dengan penambahan fasiliti asas dan gelanggang bola keranjang untuk kemudahan penduduk Vista Perdana pada masa akan datang.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan