Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mkananan
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada program Dialog TVS. Foto: TVS

Gaji graduan TVET perlu lebih tinggi, elak penghijrahan belia desa ke bandar

KUCHING, 17 Mac: Gaji minimum RM2,000 dalam kalangan graduan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) merupakan antara langkah kerajaan untuk mengurangkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tenaga kerja turut diperlukan di luar bandar bagi menggerakkan kegiatan ekonomi, tetapi gaji yang ditawarkan perlu sesuai dengan tahap kemahiran dan kelulusan belia.

Justeru, beliau yang juga pengerusi Majlis TVET negara berkata kerajaan akan memperkasakan TVET di luar bandar dan kursus ditawarkan dirangka agar lebih sesuai dengan keadaan di sesebuah lokasi.

Baca artikel berkaitan di sini >>> Ahmad Zahid saran majikan bayar gaji minimum RM3,000 kepada graduan TVET

“Kita dapati kebolehpasaran graduan TVET melebih 90 peratus dan ada yang sampai ke 99.5 peratus kerana kursus ditawarkan bersesuaian dengan permintaan,” katanya pada program Dialog TVS (rakaman awal) yang disiarkan TVS, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata dalam merealisasikan matlamat untuk mengurangkan import beras dari luar negara, Kerajaan Persekutuan mencadangkan kepada Kerajaan Sarawak untuk mewujudkan estet padi di negeri ini.

Menurutnya, FELCRA memerlukan kawasan kira-kira 4,000 ke 5,000 hektar untuk dijadikan sebagai estet padi di Sarawak bagi memastikan dapat menghasilkan padi dan beras dalam jumlah yang tinggi. 

Penduduk kampung di kawasan berkenaan akan menjadi pemegang saham kepada estet padi dan menyumbang tenaga kerja, jelasnya.

“Estet padi itu akan menggunakan kaedah-kaedah moden agar hasilnya melebihi purata keluaran padi negara,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan