Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wakil peserta Kejohanan Jemputan MyBorneo E-Force dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei bersama Lamat Nyalau pada majlis makan malam di Kuching, malam tadi. Foto: TVS

E-sukan bantu promosi pelancongan Sarawak

KUCHING, 17 Mac: Penganjuran pertandingan sukan elektronik (e-sukan) anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sarawak (SESA) mampu menggalakkan pelancongan dengan kehadiran pemain serta rombongan dari luar negara ke Sarawak.

Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Sarawak Lamat Nyalau berkata selain bertanding dalam pelbagai pertandingan e-sukan, para peserta pertandingan juga berpeluang melancong dan mengenali budaya tempatan.

“Selain bertanding dalam pertandingan e-sukan anda juga berpeluang melancong dan saya syorkan anda untuk mengambil peluang ini untuk menikmati keunikan dan kebudayaan yang terdapat di bandar Kuching,” katanya berucap pada Majlis Makan Malam Kejohanan Jemputan MyBorneo E-Force 2.0 di sini, malam tadi.

Turut hadir, Penolong Pengarah Unit E-Sukan JBSN Rafidah Abu Bakar Lim, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Sarawak Ronnie Boniface Nugi dan Presiden SESA Afiq Fadhli Narawi.

Program tahunan ini berlangsung pada Disember 2022 dengan pusingan kelayakan disertai lebih 1,400 orang dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Empat permainan video dipertandingkan dalam kejohanan ini iaitu DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PUBG Mobile dan MotoGP 20 bagi merebut gelaran King of Borneo 2023.

Peringkat akhir pertandingan itu akan berlangsung pada 19 Mac ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan