Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg(lapan,kiri) dan tetamu kehormat lain merakamkan gambar bersama para penerima penghargaan khas yang merupakan mantan-mantan pemenang Tilawah dan Menghafaz Al-Quran di peringkat Antarabangsa dan Kebangsaan pada majlis perasmian tersebut. Foto: TVS

Sarawak bakal tubuh sekolah antarabangsa Islam – Abang Johari

BINTULU, 16 Mac: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menubuhkan sebuah sekolah antarabangsa Islam yang akan menjadi institusi rizab antarabangsa pelajar Islam di seluruh dunia untuk menuntut ilmu di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu merupakan pendekatan kerajaan dalam mewujudkan sistem silibus bertaraf antarabangsa untuk pelajar beragama Islam.

“Kita bukan sahaja mempunyai sekolah antarabangsa yang sedang dibangunkan iaitu lima buah. Seterusnya kita akan bangunkan sebuah sekolah antarabangsa islam yang menekankan ilmu dunia dan ilmu akhirat.

“Ini pendekatan kita dengan sistem silibus yang bersifat antarabangsa, dan Insya-Allah, di antara pelajarnya nanti adalah pelajar kita yang terbaik untuk belajar di sekolah berkenaan,

“Kita juga akan mempelawa pelajar minoriti Muslim dalam rizab antarabangsa untuk menuntut di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Tilawah dan menghafaz Al-Quran Peringkat Sarawak 1444H/ 2023M di Dewan Suarah Bintulu, pada Rabu.

Pada majlis itu, Abang Johari hadir bersama isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Turut sama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MAIS) Datuk Misnu Taha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS), Ustaz Khalidi Ibrahim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan