Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (empat, kiri) bergambar ketika hadir pada Majlis Makan Malam Negeri sempena Asia Carbon Conference 2023 di sini hari ini. Foto: Bernama.

Sarawak lestari alam sekitar, wujud ekonomi baharu untuk rakyat

ByAmirah Shawel

KUCHING, 15 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg optimis pelbagai peluang ekonomi baharu akan diwujudkan menerusi pelaksanaan Dasar Ekonomi Hijau Sarawak.

Sehubungan itu, dalam usaha mencapai matlamat kelestarian alam sekitar tegas beliau Kerajaan Sarawak berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan pihak berkepentingan termasuk masyarakat, rakan kongsi antarabangsa dan sektor swasta.

“Pembangunan industri hijau seperti pertanian yang mampan, ekopelancongan dan sektor pembuatan hijau berupaya mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri sambil menggalakkan amalan yang lestari,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Majlis Makan Malam Persidangan Karbon Asia di sini, pada Rabu.

Memetik contoh, inisiatif Kawasan Pemuliharaan Tanah Tinggi Bario yang merupakan satu program pemuliharaan melibatkan komuniti tempatan dalam pengurusan sumber asli.

Menurutnya, Kerajaan Sarawak menyedari kepentingan penglibatan komuniti setempat dalam pemuliharaan alam sekitar dengan mengurniakan pemilikan sumber asli kepada mereka.

“Ingin saya tegaskan bahawa inisiatif positif alam semula jadi (nature-positive) Sarawak bukan sahaja penting terhadap alam sekitar tetapi juga kemakmuran jangka panjang rakyat,” ujarnya.

Sarawak tegas Abang Johari lagi diakui memiliki sumber asli yang banyak yang boleh dimanfaatkan bagi menyediakan tenaga mampan kepada rakyatnya.

Hadir bersama Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Pejabat Premier Sarawak, Datuk John Sikie Tayai dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar, Dr Hazland Abang Hipni.. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan