Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Peserta Indonesia Andrey Juara Tiga kali Berturut-turut

ByYazid Ibrahim

Konsert TVSTARZ minggu ke-9 diungguli peserta dari Indonesia Andrey Arifianto.

Termasuk minggu ini, telah tiga kali berturut-turut penyanyi kelahiran Nusa Tenggara Timur menduduki tempat pertama dalam pertandingan nyanyian terbitan TVS itu.

Andrey, telah mendominasi carta pertama tiga kali berturut-turut pada minggu ke-7, ke-8 dan ke-9. Walaupun pada asalnya, Andrey hanyalah seorang challenger pada minggu ke-4, namun, beliau tetap memberi persembahan yang mantap dan vokal yang kukuh untuk menewaskan calon Dream Team yang lain.

Persembahan minggu ke-9 memperlihatkan peserta diberi pilihan bebas dengan memilih lagu yang sedang “trending”. Para peserta nampakmya mengambil peluang tersebut untuk menunjukkan kekuatan masing-masing dari segi vokal, persembahan, props, dan semangat nyanyian yang tinggi.


Pilihan nyanyian juara minggu ini, Andrey, yang menyanyikan lagu penyanyi Dunchan Laurence – Arcade.

Andrey mengambil peluang ini dengan berusaha sebaik mungkin bukan sahaja dari segi vokal malah terhadap persembahan dan props latar belakang yang menunjukkan tema lagu. Antara komen-komen para juri:

“Andrey mempunyai daya kreativiti yang tinggi dan selalu datang dengan konsep yang datang bersama lagu” kata Erni Zakri.

“Memang suka suara Andrey dan saya percaya Andrey memang bagus” kata Yudhi.

Manakala tempat kedua dimenangi oleh Jazper yang mendapat jumlah markah 241, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jalee yang mendapat markah sebanyak 224.

Nasib tidak menyebelahi peserta dari Brunei, Alex, apabila beliau tersingkir pada minggu ini dengan markah sebanyak 184 sahaja. Walaupun beliau hanya sempat bersama TVSTARZ untuk masa yang singkat sahaja, Alex tetap akan meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian dan berterima kasih kepada juri-juri dan guru vokal yang telah mengajar selama berada di konsert TVSTARZ.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan