Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Aktiviti yang bakal berlangsung pada Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak 2023. Foto: Facebook MSS

Hari Terbuka MSS diadakan hujung minggu ini

ByNina Azman

KUCHING, 15 Mac: Hari Terbuka Majlis Seni Sarawak (MSS) 2023 bakal menemui orang ramai pada hujung minggu ini, bermula Jumaat, 17 hingga 19 Mac di Dewan Suarah, di sini.

Aktiviti seperti Karaoke Idol Terbuka untuk dewasa, Pertandingan Peragaan Busana Tradisional Sarawak dan Malam Budaya Sarawak antara inti pati hari pertama (17 Mac) hari terbuka yang bermula jam 9.30 pagi hingga 10 malam.

Manakala pada hari kedua pula, aktiviti Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Pertandingan Kids Talent serta Malam Hiburan Sahabat Seni Sarawak akan menyerikan hari terbuka anjuran Majlis Seni Sarawak (MSS) tersebut.

Sebagai penutup tirai hari terbuka tersebut, persembahan penutupan daripada Junior Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS) dan Variety Act Show bakal berlangsung.

“Juadah turut dihidangkan justeru itu orang ramai dipelawa untuk datang memeriahkan hari terbuka ini,” menurut kenyataan MSS hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan