Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Minyak masak antara barangan keperluan yang diberi subsidi oleh kerajaan. Foto Bernama.

Parlimen: Kerajaan sedia lebih RM64 bilion subsidi, bantuan rakyat

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Kerajaan menyediakan peruntukan lebih RM64 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada rakyat menerusi Belanjawan 2023.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim berkata, ini bagi mengawal kadar inflasi negara yang ketika ini berada pada kadar 3.3 peratus namun dijangka terkawal pada tahun ini.

“Mengikut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada tahun lepas, inflasi di Malaysia boleh mececah 10 peratus sekiranya kerajaan menghapuskan subsdi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Azli Yusof (Pakatan Harapan – Shah Alam) yang ingin tahu strategi kerajaan kawal inflasi, kestabilan monetari dan kewangan bagi memastikan pertumbuhan ekonomi negara lebih positif tahun ini.

Berhubung dasar monetari pula, Steven menjelaskan, perkara itu berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan tidak terlibat dengan sebarang keputusan.

“Perkara ini selaras dengan Akta Bank Negara 2009.

“Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) diberi tanggungjawab untuk merumuskan dasar moniteri secara automoni untuk kekal kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi negara dijangka 4.5 peratus pada tahun ini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan menerusi mesyuarat MPC kedua yang berlangsung pada 8 dan 9 Mac lepas, keputusan dicapai untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada tahap 2.7 peratus.

“Penangguhan dibuat atas penilaian kesan 100 mata asas tahun lalu dengan mengambil kira kesan sela masa peningkatan OPR sebanyak empat kali berturut-turut pada tahun lepas,” katanya.

Katanya, ketika ini tekanan harga menunjukkan tanda awal penururan berbanding kemuncaknya pada hujung tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan