Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ir Lo Khere Chiang (tengah) semasa sesi bergambar setelah menerima cenderahati daripada Pengerusi Persatuan Pelayanan Kasih Yesus Kuching, Maria Micheal Ugap (kiri) dan Timbalan Pengerusi, Tomy Nuing (kanan). Foto: Awang Azmil (TVS)

Rumah Doa Kasih Yesus Kuching dicadang mohon tanah bina rumah ibadah daripada UNIFOR

ByRegina Lee

KUCHING, 15 Mac: Rumah Doa Kasih Yesus Kuching di sini dicadangkan memohon sebidang tanah daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebagai tapak pembinaan rumah ibadah.

Cadangan itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ir Lo Khere Chiang, bagi menampung pertambahan jemaah di pusat ibadat berkenaan.

Pada masa sama, kata Khere Chiang, permohonan itu wajar susulan Persatuan Pelayanan Kasih Yesus Kuching kini masih menyewa premis untuk mengadakan aktiviti keagamaan.

“Sekiranya persatuan ini mempunyai ahli jemaah yang lebih ramai, kita boleh memohon sebidang tanah daripada kerajaan dan UNIFOR boleh bantu mendirikan sebuah gereja.

“Segala kekurangan dari segi pelbagai aspek yang dihadapi di Rumah Doa Kasih Yesus ini akan saya bantu sebaik mungkin dari semasa ke semasa dengan peruntukan yang kerajaan salurkan”, katanya ketika mengunjungi rumah ibadat itu pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut memberi janji untuk memasang pendingin di tempat ibadat itu demi keselesaan para jemaah beribadat.

“Terdapat kelas pembelajaran kitab diadakan di bahagian belakang, jadi saya akan pasang pendingin hawa di sini. Di sini (bahagian depan) pula terdapat sebuah bilik yang besar, jadi saya akan beri dua buah penghawa dingin juga.

“Ini akan menyejukkan suasana semasa ibadat berlangsung pada setiap Ahad,”  ujarnya.

Pada kunjungan itu, Khere Chiang turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1,000 kepada persatuan berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap pertambahan jemaah yang semakin ramai.

Untuk rekod, UNIFOR merupakan sebuah unit baharu di bawah di Jabatan Premier Sarawak di bawah portfolio Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang ditubuhkan pada tahun 2017 sebagai inisiatif usaha kerajaan menjaga kepentingan semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama.

Turut hadir Pengerusi Persatuan Pelayanan Kasih Yesus Kuching, Maria Micheal Ugap. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan