Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KBS melancarkan program Road To Gold dalam usaha mencapai impian emas Olimpik pertama Malaysia. Foto Reuters.

Parlimen: Lebih banyak kejohanan luar negara untuk atlet capai emas pertama Olimpik

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan atlet elit negara akan dihantar menyertai lebih banyak kejohanan tempatan dan luar negara sebagai persiapan untuk mencapai impian emas Olimpik pertama negara.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, selain itu beberapa strategi turut dikenal pasti tanpa ‘mengganggu’ program podium yang telah dilaksanakan sebelum ini.

“Kementerian Belia dan Sukan (KBS) umum pasukan projek Road To Gold dengan objektif untuk menyelaraskan usaha negara meraih emas pertama di Olimpik.

“Jawatankuasa yang dibentuk akan bekerjasama dengan program podium sedia ada yang mana tumpuan diberikan kepada persediaan atlet sertai kejohanan dalam dan luar negara, aspek jurulatih, kakitangan sokongan, sains sukan serta bina diri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Hannah mengumumkan pembentukan Pasukan Projek Road to Gold bagi menyelaras usaha meraih pingat emas Olimpik di Paris 2024 dan Los Angeles 2028.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan