Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa mangsa sindiket penipuan kerja luar negara yang pernah ditemu bual TVS pada tahun lepas. Foto Arkib TVS.

Parlimen: Majoriti mangsa penipuan sindiket kerja luar negara berasal dari pedalaman

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 14 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan majoriti mangsa sindiket penipuan pekerjaan di luar negara berasal dari kawasan pedalaman dan luar bandar.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, mangsa diperdaya oleh sindiket melalui media sosial dan kenalan baharu yang dikenali menerusi medium sama.

Dedah beliau, antara jawatan yang ditawarkan kepada mangsa ialah pegawai perkhidmatan pelanggan, bekerja di tempat-tempat peranginan atau kasino, jurubahasa, pegawai pemasaran dan sebagainya.

“Apabila mangsa sampai di negara – negara berkenaan, mereka dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’ iaitu penipuan dalam talian untuk pelaburan yang tidak wujud,” katanya di Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Mohd. Isam Mohd Isa (Barisan Nasional -Tampin) yang ingin tahu modus operandi sindiket dan golongan yang menjadi sasaran sindiket untuk direkrut.

Sehubungan itu, Shamsul Anuar berkata, Kementerian Dalam Negeri melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) komited untuk menangani isu jenayah tawaran pekerjaan di luar negara dalam usaha untuk menyelamat dan membawa pulang rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket berkenaan.

Setakat ini katanya, sesi libat urus telah diadakan termasuk dengan pihak berkuasa di Kemboja, Thailand, Myanmar dan Laos untuk berkongsi maklumat.

“Selain itu terdapat juga kerjasama dengan perwakilan diplomatik asing berkaitan badan politik, badan bukan kerajaan (NGO), Polis Antarabangsa (INTERPOL), Polis Negara ASEAN (ASEANAPOL) dan agensi penguatkuasa yang lain,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan