Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rawatan profesional yang diterima oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Foto: Alexander Nanta Linggi (FB)

Sesungguhnya jasa baik semua tidak dapat saya balas – Nanta

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 14 Mac: Selamat menjalani pembedahan akibat kecederaan di bahagian lutut, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menzahirkan penghargaan terhadap komitmen petugas kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang merawat beliau.

“Saya amat kagum dan menghargai dedikasi dan kerja keras yang diberikan oleh setiap kakitangan HKL untuk memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang terbaik,” katanya.

Perkara itu dikongsikan oleh Nanta pada satu hantaran di Facebook rasminya pada Isnin sebagai tanda menghargai jasa doktor, jururawat dan kakitangan HKL sepanjang beliau mendapatkan rawatan di hospital tersebut.

Difahamkan Nanta menjalani pembedahan pada lutut ekoran kecederaan lampau yang dihidapinya di bahagian berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan