Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peruntukan perbelanjaan (DE) kepada Sabah dan Sarawak yang sering menjadi isu dijangka dapat diselesaikan menerusi pemerkasaan Pejabat Setiausaha Persekutuan di dua wilayah berkenaan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini. Foto TVS.

Parlimen: Selesai isu peruntukan Sabah, Sarawak yang tidak dibelanjakan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Peruntukan perbelanjaan (DE) kepada Sabah dan Sarawak yang sering menjadi isu dijangka dapat diselesaikan menerusi pemerkasaan fungsi Pejabat Setiausaha Persekutuan di dua wilayah berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selain itu kerajaan juga ingin memastikan pejabat berkenaan bukan bersifat ‘ceremonial’.

“Kita mahu Pejabat Persekutuan menjadi organisasi yang mempunyai punca kuasa untuk menyelaraskan segala inisiatif termasuk DE yang sering menjadi isu setiap tahun,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Kata beliau, sebelum ini peruntukan yang disalurkan ke Sabah dan Sarawak tidak digunakan sepenuhnya.

“Akhirnya hujung tahun, sedikit, mungkin lebih separuh (projek) dilaksanakan,” katanya.

Sementara itu, Armizan berkata, kerjasama dengan pelbagai kementerian juga diperlukan untuk memastikan projek-projek yang dirancang di Sabah dan Sarawak dapat dilaksanakan mengikut jadual. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan