Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Tempoh kajian persempadan semula sempadan pilihan raya Sarawak berakhir tahun ini

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Tempoh lapan tahun urusan kajian persempadanan semula bahagian pilihan raya di Sarawak akan berakhir pada tahun ini.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh berkata, urusan kajian semula persempadan terhadap bahagian bahagian pilihan raya boleh dilaksanakan selepas tamat tempoh berkenaan.

“Selain itu ia (kajian semula persempadanan) boleh dilakukan jika terdapat pindaan undang – undang ke atas komposisi bilangan Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),” katanya di Parlimen hari ini.

Bagi maksud tersebut, Ramkarpal berkata, tempoh lapan tahun Sarawak akan berakhir pada tahun ini.

“Tempoh urusan kajian persempadanan di Sabah pula akan berakhir pada 2025 manakala negeri – negeri Tanah Melayu akan berakhir pada 2026,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjalankan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya Persekutuan dan negeri berdasarkan tata cara persempadanan yang ditetapkan bawah Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

“(Ini) serta menurut kuasa SPR di bawah Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Terdahulu, Dr Dzulkefly Ahmad (Pakatan Harapan – Kuala Selangor) bertanya sama ada kajian persempadan semula pilihan raya yang akan dilaksanakan hanya untuk Sarawak atau membabitkan seluruh negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan