Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DOSM berkata, ekonomi Malaysia diramal tumbuh sederhana tahun ini. Foto Reuters.

Parlimen: Malaysia terima pelaburan diluluskan RM264.6 bilion tahun lepas

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memaklumkan, Malaysia menerima pelaburan diluluskan berjumlah RM264.6 bilion pada tahun lepas.

Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, kelulusan itu melibatkan pelaburan dalam pelbagai sektor.

Katanya, pada 2021 kelulusan pelaburan diterima oleh negara ialah sebanyak RM309.4 bilion.

“Daripada keseluruhan jumlah pelaburan pada 2022, pelaburan asing menyumbang lebih separuh iaitu 61.7 peratus atau RM163.3 bilion manakala pelaburan domestik menyumbang 38.3 peratus atau RM101.3 bilion,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (Pakatan Harapan -Sri Gading) yang ingin tahu usaha kerajaan memastikan syarikat besar di Malaysia tidak beralih ke negara lain.

Mengulas lanjut, Chin Tong berkata, nilai pelaburan yang dinyatakan berpotensi mewujudkan sejumlah 140,370 peluang pekerjaan baharu.

Sementara itu, beliau turut memberitahu MITI sentiasa mengambil langkah proaktif untuk menarik pelaburan pelbagai sektor di Malaysia.

“Asia Tenggara kini menjadi tumpuan syarikat dari Amerika Syarikat dan Eropah (yang) tidak lagi mahu terlalu terikat dengan pelaburan di China sahaja atau mahu beralih keluar daripada China.

“Inilah peluang Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dengan ekosistem ekonomi yang dinamik dan bertenaga,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan