Filem biografi sejarah Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior menceritakan tentang kisah perjuangan mendiang Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, seorang tokoh pahlawan Iban dalam menentang militan komunis pada suatu ketika dahulu. Filem yang pernah ditayangkan di pawagam pada tahun 2017 ini kini dipaparkan di TVS.
Baca lagi artikel menarik mengenai >>> Manik Ubah Hidup Surirumah, Kini Bergelar Usahawan
Sebagai cucu seorang pahlawan, Kanang dididik oleh datuknya untuk mempelajari kemahiran menjejak dalam hutan. Ilmu ini telah dimanfaatkan oleh beliau untuk memburu.
Beliau diajar untuk membaca angin, mendengar nafas harimau dan singa, dan mendengar degupan jantung pokok.
Tentera British terpegun melihat kecekapan Kanang di dalam hutan lalu meminta Kanang untuk membantu mereka ketika komunis datang memberontak.
Setelah itu, beliau menyertai Rejimen Renjer Sarawak sebagai Iban Tracker sehingga beliau menjadi Sarjan Mejar di Rejimen Renjer Ke-8 dalam Angkatan Tentera Malaysia.
Oleh kerana semangat berjuang untuk negara yang tersemat dalam dirinya amat tinggi, Kanang dan platunnya banyak bertarung dalam menumpaskan kekejaman komunis. Pada ketika itu, militan komunis bertindak semakin ganas di seluruh negara dari tahun 1948 sehingga tahun 1983.
Filem Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior mengisahkan kehidupan sebenar Temenggong Datuk Kanang Anak Langkau, seorang tokoh pahlawan berketurunan Iban yang gagah berjuang ketika kemuncak pemberontakan Komunis di Malaysia dan Sarawak pada tahun 1965.
Filem ini wajib ditonton oleh generasi muda kita bagi membakar semangat patriotisme dalam diri dan mengenali lebih lagi tentang sejarah tanah air.
Dibintangi oleh Langgi Anak Kanang dengan bangganya membawa watak sebagai mendiang bapanya, Kanang Anak Langkau, Ady Putra, Johan As’ari, Livonia Ricky, Jimmy Leong dan banyak lagi barisan pelakon hebat.
Jangan lupa saksikan kisah perjuangan Kanang Anak Langkau: The Iban Warrior pada 5 Jun 2021, Sabtu, jam 9.00 malam, hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV.