Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang terlibat dalam kemalangan mengakibatkan dua maut dan dua cedera parah di Lampu Isyarat Paragon, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu malam semalam, disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol.

Polis tahan dua lelaki bantu siasatan kes ugut kumpulan Radja

ByBernama

JOHOR BAHRU, 13 Mac: Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung ugutan jenayah terhadap kumpulan muzik dari Indonesia, Radja, di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki tempatan yang berusia 37 tahun dan lelaki warga asing berusia 48 tahun itu ditahan kira-kira 3.30 petang.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika disabit bersalah.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian berikutan siasatan masih dijalankan,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Noor Azlinda Mohd Khalid di talian 017-2765250.

Terdahulu, media melaporkan kumpulan itu mendakwa menerima ancaman bunuh serta dilemparkan kata-kata kesat selepas mengadakan konsert di Stadium Tertutup Arena Larkin di sini, kira-kira 11.15 malam Sabtu, dipercayai berpunca daripada salah faham antara kumpulan berkenaan dengan pihak penganjur. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan