Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PFA Odin Sarawak tewas 0-5 di tangan KL City FC. Foto: FB Football Association of Malaysia

MPFL: PFA Odin Sarawak dibelasah KL City FC 0-5

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 12 Mac: Skuad PFA Odin Sarawak tewas 0-5 di tangan KL City FC pada perlawanan ketiga saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), malam ini.

Skuad PFA Odin Sarawak. Foto: FB Football Association of Malaysia

Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Sukan ISN Raja Muda, Kuala Lumpur itu, PFA Odin dilihat gagal menandingi kehebatan KL City yang dibarisi pemain berpengalaman.

Baca artikel berkaitan >>>>> MPFL 2023: PFA Odin Sarawak pamer taring, tewaskan Kuala Lumpur 6-3

Gawang gol PFA Odin dibolosi menerusi jaringan Dinesh Kumar Kumaran Raja pada minit ke-13, Anzar minit ke-15, Muzhaffar Tahar minit ke-21 , gol sendiri pemain PFA Odin, Azrin Shahmin Jefery minit ke-30 dan Amirul Khairuddin minit ke-31.

Ini merupakan kekalahan kali kedua dari tiga perlawanan yang ditempuhi PFA Odin sejak saingan liga bermula.

Sebelum ini PFA Odin tewas di tangan juara bertahan Selangor MAC 1-5 pada perlawanan pertama liga, namun berjaya mencatatkan kemenangan pada aksi kedua dengan keputusan 6-3 menewaskan Kuala Lumpur minggu lalu.

Kekalahan itu menyaksikan skuad kendalian Mohd Faizal Zamri itu kini berada di kedudukan kedua tercorot liga dengan sekadar mengutip tiga mata hasil satu kemenangan dan dua kekalahan.

Pada saingan MPFL 2023, PFA Odin diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan Selangor MAC, Selangor TOT United, Shah Alam City, Kuala Lumpur City FC, Kuala Lumpur dan Johor Darul Ta’zim. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan