Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 1,500 penerima baucer khas ‘Back to School’ P.194 Petra Jaya merakamkan gambar kenangan bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof. Turut hadir, ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki dan ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali. Foto: Salasiah Safian (TVS)

1,500 pelajar terima baucer khas ‘Back to School’ P.194 Petra Jaya

BySalasiah Safian

KUCHING, 12 Mac: Bersempena dengan pembukaan sesi persekolahan yang akan datang, Parlimen P.194 Petra Jaya dengan kerjasama Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong, Samariang dan Satok menyerahkan baucer khas ‘Back to School’ kepada 1,500 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan itu.

Program yang diadakan di pasar raya Mydin itu menyediakan baucer berupa bantuan peralatan persekolahan bernilai RM100 kepada setiap pelajar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Seri Fadillah Yusof, sejumlah RM150,000 telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.

“Tapi yang lain kalau ada yang memerlukan biasanya mereka akan datang ke pusat khidmat. Kita akan melihat kepada case-to-case basis.

“Ia berdasarkan kepada kedudukan ekonomi keluarga, keperluan mereka dan sebagainya. Kebiasaannya kami memang akan membantu mengikut keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Khas ‘Back to School’ Parlimen P.194 Petra Jaya di Kuching hari ini.

Tambah beliau, setakat ini bantuan yang diberikan lebih kepada bantuan persediaan untuk pelajar ke sekolah. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan