Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gunung Merapi di Indonesia berterusan mengeluarkan runtuhan lava pijar sejak jam 7.04 pagi tadi waktu tempatan. Foto: BPPTKG

Gunung Merapi muntahkan abu panas berterusan, terbesar sejak dua tahun lepas

ByTVS

JAKARTA, 12 Mac: Gunung Merapi yang terletak di wilayah Jawa Tengah, Indonesia kembali meletus dengan aktif dalam tempoh seminggu ini.

Selepas memuntahkan abu panas kelmarin, hari ini gunung api paling aktif di Indonesia berterusan mengeluarkan runtuhan lava pijar sejak jam 7.04 pagi tadi waktu tempatan sejauh dua kilometer ke barat daya.

Menurut Kepala Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Teknologi Bencana Geologi Indonesia (BPPTKG), Agus Budi Santoso, siri awan panas yang turun pada siang hari adalah yang kedua terbesar selepas letusan yang berlaku pada 27 Januari 2021 lepas.

“Keamatan letusan yang berlaku kali ini agak besar, sekurang-kurangnya ini kedua terbesar selepas dua tahun,” katanya dalam sidang media dalam talian.

Beliau turut berkata, erupsi gunung berapi curam itu masih berlangsung sehingga kini dengan tingkat yang cukup tinggi.

Abu vulkanik pun menghujani beberapa kawasan disekitarnya sejak kelmarin yang menyebabkan penduduk di kawasan sekitar dipindahkan.

Setakat ini, amaran supaya menjauhi lingkungan tiga hingga tujuh kilometer daripada puncak gunung masih berlaku bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan