Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi ANGKASA Sarawak, Wan Azizan (tengah) bergambar bersama para peserta bengkel. Foto: TVS

Mi kuning sagu salah satu produk utama Sarawak

MIRI, 12 Mac: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Sdn Bhd (ANGKASA) Sarawak menjalin kerjasama dengan Craun Research Sdn Bhd dan Koperasi Desa Lestari Tellian Mukah dalam mengusahakan pembuatan mi kuning sagu.

Menurut Pengerusi ANGKASA Sarawak, Wan Azizan Wan Zainal Abidin, usaha itu dijalankan bagi menjadikan mi kuning sagu sebagai salah satu produk utama Sarawak, selain gula apong.

Kursus Pembuatan Mi Kuning anjuran Pusat Khidmat Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) Bahagian Miri, semalam. Foto: TVS

“ANGKASA Negeri Sarawak telah mengadakan satu kerjasama dengan pihak Craun Research Sdn Bhd dan juga Koperasi Desa Lestari Tellian Mukah untuk membangunkan projek pembuatan mi kuning berasaskan sagu. Kita usahakan yang pertama di Malaysia dan satu-satunya di negeri Sarawak. Pembuatan mi kuning berasaskan sagu merupakan satu produk yang kita berhasrat untuk menjadikan salah satu daripada produk utama di Sarawak, selain gula apong,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Kursus Pembuatan Mi Kuning anjuran Pusat Khidmat Dewan Ekonomi Melayu Sarawak (DEKOMS) Bahagian Miri, semalam.

Wan Azizan juga menambah berdasarkan kajian dikeluarkan oleh Craun Research Sdn Bhd, mi kuning sagu mempunyai manfaat kesihatan berbanding mi kuning biasa dan sesuai di makan bagi mereka yang mempunyai penyakit jantung misalnya.

“Banyak manfaat atau kebaikan mi kuning sagu terutama dari segi kesihatan. Dari segi kandungan Indeks Glisemik (GI), lebih rendah dan lebih baik untuk kesihatan untuk mereka yang ada penyakit jantung, yang tidak boleh makan mi goreng menggunakan mi kuning biasa, tetapi Insya-Allah boleh makan menggunakan mi kuning sagu. Dari segi pengeluaran pun kita yakin, berdasarkan sumber tepung sagu yang berada di kawasan Mukah, ia dapat membekalkan pengeluaran yang cukup bagi pasaran di Malaysia,” tambahnya lagi.

Setakat ini, pihak ANGKASA telah membangunkan kilang dan menyediakan mesin untuk pihak Koperasi Desa Lestari untuk mengeluarkan produksi mi kuning sagu dan juga merancang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi mengkomersialkan mi kuning sagu sehingga ke seluruh Malaysia.

Kursus Pembuatan Mi Kuning itu diadakan selama separuh hari dengan penyertaan dari 26 anggota koperasi dari seluruh Sarawak yang ingin memahirkan diri dalam pembuatan mi kuning sagu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan