Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kenali Tokoh Rentap Di Sebalik Laungan ‘Agi Idup, Agi Ngelaban’

RENTAP atau nama sebenar beliau Libau anak Ningkan merupakan pejuang Dayak-Iban suatu masa dahulu. Pahlawan Sarawak yang paling digeruni Rajah Putih Brooke dan antara pejuang terawal yang menentang pemerintahan Brooke di tanah Sarawak.

Gelaran ‘Rentap’ telah diperolehi setelah memenggal kepala musuhnya yang pertama. Selain itu, beliau turut dipanggil sebagai ‘Raja Darat’ iaitu memimpin orang Iban di Sungai Skrang dan Sungai Saribas. Pada 19 Ogos 1844, beliau telah berjaya menyerang kubu British di Sungai Skrang. Kemenangan beliau membuatkan lebih banyak orang Iban menyanjungi beliau.

Kata-kata beliau, ‘Agi Idup, Agi Ngelaban,’ yang bermaksud ‘Selagi Hidup, Selagi Itu Melawan,’ masih dilaungkan sehingga kini biarpun Rentap kini sudah tiada. Bahkan kata-kata tersebut digunakan sebagai moto Rejimen Renjer Diraja Malaysia.

Namun tahukan anda kisah percintaan, pengorbanan dan dendam anak muda Iban yang berlaku di sebalik keberanian pahlawan Rentap memerangi penjajah British?

Baca lagi artikel menarik mengenai >>>  Francisca Luhong tetap juara di hati rakyat Malaysia

Peransang-Rentap

Dengan semangat yang membara untuk berjuang bersama-sama pahlawan yang sangat disanjung tinggi oleh masyarakat Sarawak, Jenang telah mengikuti Rentap dan pasukannya untuk memerangi British. Ketika dalam perjalanan untuk menyampaikan perutusan, Jenang telah jatuh cinta bersama seorang gadis dari kampung seberang bernama Entiang.

Ikutilah filem romantik Peransang Rentap arahan Lina Johor dan dibintangi Vincent Mallang Elfred, Diana Johor, Charlmay, Emmanuel Reuben dan Ethel Lampai, dan akan ditayangkan dengan menggunakan bahasa Iban.

Eksklusif hanya di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV, jangan lupa saksikan Peransang Rentap pada hari Sabtu, 29 Mei 2021, jam 9.00 malam. Ayuh kita terokai kisah percintaan dan pengorbanan pahlawan Sarawak suatu masa dahulu.

Ikuti TVS di Facebook, TwitterInstagram dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan