Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Drauf(lima,kiri) bersama Presiden Kelab Myvi Borneo, Andiazrul Johan(tiga,kiri) semasa merasmikan Hari Keluargan dan Ulang Tahun Ke-9 Kelab Myvi Borneo di Sumiran Eco Park Resorts di Kuching pada Jumaat. Foto TVS.

Aktif berpersatuan, bentuk belia jadi pemimpin masa depan

KUCHING, 10 Mac: Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sentiasa menyokong aktiviti berpersatuan yang melibatkan golongan belia.

Timbalan Menterinya, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata penglibatan aktif golongan belia dalam platform berkenaan dilihat menjadi wadah pembangunan modal insan sekali gus melahirkan pemimpin masa depan.

Tegasnya sokongan padu itu bukan sahaja diberikan dalam bentuk kewangan tetapi moral.

“Oleh itu, di bawah garis panduan yang di tetapkan di bawah Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Sarawak sendiri memberikan fokus kepada golongan belia bukan sahaja memberikan dana untuk menjalankan pelbagai bentuk aktiviti malah memberikan sokongan moral kepada mereka yang juga bergiat dalam aktiviti-aktiviti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Drauf yang mewakilinya pada majlis perasmian Ulang Tahun Ke-9 Kelab Myvi Borneo di Sumiran Eco Park di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu jelasnya, Sarawak telah melahirkan ramai belia yang berjaya di pentas antarabangsa menerusi pelbagai bidang termasuk sukan.

Justeru itu, pencapaian membanggakan anak Sarawak di persada global disifatkan mampu menjadi inpirasi dan pembakar semangat kepada individu lain untuk menempah kejayaan berterusan.

Sementara, menyentuh perkembangan Kelab Myvi Borneo sepanjang 9 tahun penubuhannya, kata Gerald, ia menjadi salah satu contoh pertubuhan yang serius dalam menarik penglibatan belia menyertai aktiviti berpersatuan khususnya sukan permotoran.

“Kelab Myvi Borneo adalah sebuah kelab yang berdaftar di bawah Pesuruhjaya Sukan Sarawak (PISS) yang memfokuskan kepada sukan pemotoran khas di Sarawak ini.

“Kelab Myvi Borneo yang menjangkau usia sembilan tahun penubuhannya ini telah berjaya menarik ramai golongan belia di Sarawak untuk bergiat aktif di dalam Sukan Pemotoran dan berjaya mencipta namanya sendiri dalam pelbagai Acara Autoshow di peringkat negeri mahupun kawasan lain di sekitar Sarawak,” ujarnya.

Menerusi persatuan atau kelab jelasnya, ia adalah salah satu cabang untuk para belia bergiat aktif dan tidak hanya berkumpul secara tidak sah.

Malah golongan belia dapat menjalankan aktiviti secara kreatif dan tiada batasan untuk kumpulan sasar itu membangunkan diri mereka dengan pelbagai penganjuran aktiviti.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan