Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pembangunan bakat muda baharu menjadi fokus utama FINAS melalui penganjuran bengkel-bengkel lakonan. Foto: Faitullah Morni (TVS)

FINAS fokus asah bakat muda baharu kelahiran Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 10 Mac: Bakat dan kebolehan anak Sarawak diakui boleh pergi lebih jauh untuk agar potensinya akan memantapkan industri perfileman tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Profesor Dr. Md Nasir Ibrahim optimis usaha pihaknya membuahkan hasil menerusi pembangunan bakat muda baharu dengan penganjuran bengkel-bengkel lakonan.

Walau bagaimanapun menurutnya, Sarawak memiliki ramai anak muda yang berbakat dalam bidang perfileman, namun mereka masih memerlukan latihan serta pendekatan yang sistematik untuk menggilap kemahiran yang mereka ada.

“Mereka adalah sangat bagus tetapi mereka memerlukan sebuah pendekatan sistematik dan latihan yang betul.”

“Bagi FINAS, kami menyediakan latihan tingkat kemahiran dan ‘re-skilling’. Jadi apabila kami menyediakan latihan, kami harap generasi muda akan mengambil peluang untuk mendaftarkan diri kerana selalunya kami akan mengambil tenaga pengajar yang terbaik,” Kata beliau ketika ditemui oleh pemberita ketika melawat lokasi pengembaraan filem “Tebus” yang arahan Jason Chang pada Khamis.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Sarawak Media Group (SMG), Dato Norhyati Ismail.

Dalam pada itu, sama, Nasir turut menyambut baik hasrat Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Sarawak sebagai hab perfileman dan turut berharap kerajaan negeri dapat menubuhkan satu majlis khas untuk membangunkan industri perfileman tempatan.

“Saya berasa gembira sebagai seorang pihak berkuasa dalam bidang filem di Malaysia kerana sesiapa yang menunjukkan minat dengan memberikan geran negeri itu sendiri. Kami berasa gembira kerana kebiasaannya pembuat filem mengharapkan geran dari FINAS. Tetapi jika Sarawak menyediakan insentif mereka sendiri, saya berasa gembira. Saya berharap agar sebuah majlis ditubuhkan untuk membantu membangunkan industrI filem,” ujarnya.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu menyatakan, Kerajaan Sarawak mahu menjadikan Sarawak sebagai lokasi penghasilan filem bertaraf antarabangsa serta mengalu-alukan pembikinan filem tempatan dan negara bagi menghasilkan lebih banyak filem di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar FINAS menyediakan geran yang lebih banyak untuk menjadikan sarawak sebagai lokasi penghasilan filem serta mempromosikan keindahan alam semula jadinya.

Sebelum ini, FINAS telah meluluskan satu geran bagi bengkel lakonan lasak dalam usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran untuk lakonan lasak dalam kalangan pelakon baharu Sarawak.

Bengkel yang diadakan di Kampung Budaya Sarawak mulai 23 Februari hingga 5 Mac lepas itu penting dalam memastikan ‘stunt’ yang dilakonkan ketika pengembaraan dilakukan dengan kaedah yang betul di samping mengurangkan risiko kecederaan di lokasi pengembaraan.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan