Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mangsa sedang diangkat oleh paramedik Hospita Kanowit di tempat kejadian petang Khamis. Foto TVS.

Lelaki bertarung nyawa 18 jam maut selepas kemalangan

KANOWIT, 10 Mac: Seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 3 Jalan Kanowit Durin bertarung nyawa lebih 18 jam sebelum menghembus nafas terakhir di Hospital Sibu, pada Jumaat.

Dalam kejadian itu, pada jam 4.05 petang pada Khamis mangsa, Nelson Arnold Gunai, 41, cedera parah di bahagian  badan dan kepala.

Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputi Superintendan (DSP) Tega Bilong berkata, kejadian melibatkan dua buah kenderaan termasuk sebuah sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa sementara sebuah kereta lagi dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun.

“Hasil siasatan awal polis di tempat kejadian, mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva berkenaan dalam perjalanan dari Ngungun menuju ke pekan Kanowit.

“Sampai di lokasi kejadian, kereta berkenaan dalam proses membelok ke kanan memasuki simpang menuju ke pekan Kanowit telah berlanggar dengan motosikal yang ditunggang mangsa yang bergerak lurus dari arah bertentangan,” jelasnya.

Susulan itu, katanya mangsa telah dibawa ke Hospital Kanowit untuk menerima rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapat rawatan lanjut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan pada jam 10.40 pagi ini (Jumaat) ketika menerima rawatan di Hospital Sibu,” katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan