Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif STB Sharzede Datu Salleh Askor (duduk kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Tischler Reisen AG Michael Metzner (duduk kanan) pada majlis menandatangani MoU antara STB dan Tischler Reisen AG. Antara yang hadir menyaksikan majlis menandatangani perjanjian tersebut ialah (K-R) Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato' Hj Zainuddin Abdul Wahab, Pengerusi STB YB Dennis Ngau, Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman Dr Adina Kamarudin, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), YB Dato Sri Abdul Karim, Timbalan Menteri untuk Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Setiausaha Tetap MTCP Datu Sherrina Hussaini. Foto: STB

ITB Berlin: Sarawak unjur pertumbuhan 20 peratus dalam pasaran Eropah

ByRegina Lee

BERLIN, 10 Mac: Sarawak optimis akan menghasilkan pertumbuhan jualan sebanyak 20 peratus dalam pasaran Eropah menerusi Sarawak Pavillion dalam pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia iaitu International Tourismus Borse (ITB) di Berlin yang bermula 7 Mac lepas.

Menurut kenyataan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) hari ini unjuran yang dianggarkan akan diperoleh bernilai RM10.5 juta untuk 2023 dan seterusnya.

STB mengakui pameran gergasi itu telah menempatkan jenama Sarawak dalam pasaran Eropah sekali gus memperkenalkan negeri ini sebagai destinasi ekopelancongan yang terkemuka serta destinasi pilihan di rantau ASEAN.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menerusi sebuah kenyatan hari ini, berkata Sarawak Pavillion mencerminkan kesungguhan kerajaan negeri untuk memacu pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada Sarawak.

“Sarawak menyasarkan kedatangan tiga juta pengunjung memandangkan pelancongan antarabangsa terus pulih daripada pandemik Covid-19.

“Ini merupakan satu pencapaian yang optimistik bagi Sarawak, dengan pertumbuhan lebih 800 peratus dari aspek pendapatan pelancongan pada tahun 2022, yang mencatatkan hampir RM4 bilion, berbanding RM500 juta bagi tahun 2021,” katanya.

Terdahulu, Sarawak Pavillion dilaporkan mempamerkan kehebatannya di ITB Berlin 2023 yang berlangsung tiga hari dan berakhir semalam, 9 Mac.

Pavilion ini juga mempamerkan pelbagai aspek komuniti berbilang etnik dan ekosistem semula jadi Sarawak serta kepelbagaian flora dan fauna untuk memastikan ‘Discovery of Sarawak’ secara berterusan.

Selain itu, ITB juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara STB dan Tischler Reisen AG yang merupakan salah satu agenda penting AG bagi mewujudkan usahasama dalam meningkatkan visibiliti Sarawak sebagai destinasi pilihan di sekitar Eropah.

Usaha sama promosi pemasaran luar talian dan atas talian itu telah melibatkan kira-kira 600 agensi terbaik di Jerman.

Usaha STB di ITB Berlin juga mendapat sokongan rakan strategik utamanya – Authentic Borneo Tours, Borneo Adventure, Business Events Sarawak (Sarawak Convention Bureau), CPH Travel Agencies (Sarawak), Greatown Travel, Happy Trails Borneo Tours, Hemisphere Hospitality, Paradesa Borneo, Smart Leisure & Travels dan Tropical Adventure yang turut bekerjasama untuk meningkatkan visibiliti Sarawak di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan