Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengiktiraf terapi robotik teknologi terkini dari Jepun yang diperkenalkan di Pusat Pakar Perubatan Normah Kuching sejak September tahun lalu. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Terapi robotik pulihkan 18 daripada 40 pesakit tajaan Perkeso

ByOdleen Catherny

KUCHING, 10 Mac: Sejumlah 18 daripada 40 orang pesakit tajaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang mendapat rawatan terapi robotik di Pusat Pakar Perubatan Normah Kuching sejak September tahun lalu beransur pulih.

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Rehabilitasi Perkeso, Datuk Dr Hafez Hussain, manfaat terapi itu membolehkan pihaknya mengiktiraf terapi robotik teknologi terkini dari Jepun tersebut.

“Saya rasa bangga kita telah menghantar lebih kurang 40 pesakit, di sini, semua asal dari Sarawak dan 18 orang sudah pun mendapat hasil, di mana ada di antara mereka yang berjaya kembali bekerja.

“Ada juga di antara mereka itu yang telah memulihkan kebolehfungsian diri mereka masing-masing,” katanya dalam satu sidang media selepas majlis perasmian Perkhidmatan Terapi Robotik Pertama di Malaysia Timur, di sini, hari ini.

Beliau berkata inisiatif ini menepati kehendak Perkongsian Awam-Swasta (PPP), berhubung ia membantu rakyat khususnya pencarum Perkeso untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

Katanya, kebanyakan kes-kes yang memerlukan terapi robotik itu seperti penyakit neurologi, kecederaan saraf tunjang dan penyakit-penyakit kronik.

Pada masa sama, beliau menggesa mereka yang mempunyai masalah kesihatan serupa, khususnya di kawasan Borneo, datang mendapatkan terapi robotik itu dalam kadar segera bagi membolehkan tempoh rawatan yang singkat selain mengurangkan beban kos rawatan.

Dengan kewujudan ulungnya di Borneo, terapi robotik yang menggunakan cyborg boleh pakai pertama di dunia berasaskan teknologi neuro-robotik, sut robot itu menyediakan terapi intensif yang boleh mempercepatkan program pemulihan pesakit. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByOdleen Catherny-