Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili. Foto: TVS

Akibat percaya iklan pekerjaan dalam talian, wanita rugi lebih RM45,000 ditipu ‘scammer’

SIBU, 9 Mac: Seorang wanita rugi RM45,049.99 selepas menerima tawaran kerja sambilan sebagai ‘pembantu online’ daripada sindiket penipuan (scammer) melalui media sosial.

Mangsa berumur 34 tahun yang merupakan pekerja operasi sebuah syarikat swasta di sini mula tertarik dengan tawaran iklan kerja kosong di Instagram pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, mangsa yang berminat dengan tawaran tersebut kemudian menghantar mesej ke nombor telefon yang tertera di iklan.

“Sejurus selepas memaklumkan minatnya untuk menerima tawaran itu, pengadu telah diminta untuk mendaftar maklumat peribadi dan juga mendaftar satu akaun di satu laman sesawang bagi mendapatkan kerja yang ditawarkan.

“Selepas itu, mangsa diminta untuk membuat bayaran ke dalam lima akaun bank yang berbeza berjumlah RM45,049.99 menggunakan wang simpanan mangsa sendiri bagi memperolehi komisen pesanan barangan yang didaftarkan atas nama mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, katanya mangsa menyedari dirinya diperdaya selepas komisen yang dijanjikan belum diperolehi, akhirnya nekad untuk membuat laporan polis pada 8 Mac.

Sehubungan itu, Zulkipli menasihatkan agar orang ramai tidak mudah terpedaya dan terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan.

Beliau mengingatkan agar orang ramai supaya membuat semakan terperinci dengan syarikat atau agensi yang berkaitan sebelum memohon atau menerima apa jua tawaran kerja yang meragukan.

Semakan juga boleh dibuat dengan balai polis terdekat atau membuat semakan di http://semakmule.rmp.gov.my, CCID Infoline di talian 013-2111222, Pusat Respond CCID di 03- 26101559/03-26101599 atau Facebook CyberCrimeAlertRMP dan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di 997. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan