Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek melawat sebuah sekolah baru-baru ini. Foto Kementerian Pendidikan (KPM).

Parlimen: Buku teks digital tangani isu beg sekolah berat

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kementerian Pendidikan (KPM) kini dalam usaha untuk menukarkan bahan sistem pendidikan termasuk buku teks kepada digital dengan mengambil kira pemilikan peranti digital dalam kalangan murid dan ketersediaan capaian internet.

Timbalan Menterinya, Lim Hui Ying berkata, setakat ini KPM telah memuat naik sebanyak 754 buah buku teks digital menerusi Inisiatif Pembelajaran Pendidikan Digital Malaysia (DELIMa).

Katanya, langkah ini merupakan salah satu daripada penambahbaikan inisiatif bagi menangani isu beg berat secara holistik yang sudah bermula sejak tahun lepas.

“Antara inisiatif lain adalah penyediaan loker sekolah rendah kepada semua murid tahap satu iaitu tahun satu dan tahun dua di sekolah rendah yang beroperasi secara dua sesi.

“Selain itu, penyusunan semula jadual waktu bagi membolehkan guru merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara optimum, mengehadkan penggunaan buku latihan, iaitu tidak melebihi dua buah buku bagi setiap mata pelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Perikatan Nasional – Dungun) yang ingin tahu mengenai keputusan bagi penyelesaian masalah beg berat dalam kalangan pelajar terutamanya sekolah kebangsaan.

Usaha ini, katanya, masih diteruskan demi kesejahteraan murid untuk semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan khususnya yang beroperasi secara dua sesi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan