Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli. Foto TVS.

Parlimen: Infrastruktur di Batang Lupar perlu ditambah

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kawasan Batang Lupar memerlukan tambahan infrastruktur bagi memastikan kelancaran projek-projek pembangunan di situ.

Ahli Parlimennya, Mohamad Shafizan Kepli berkata, antara kemudahan yang diperlukan di sana ialah sekolah dan klinik.

“Selain itu, kerajaan juga boleh berusaha untuk mewujudkan lebih banyak rumah menerusi Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang diperlukan di kawasan saya,” katanya ketika ditemui TVS.

Berkenaan Belanjawan 2023 kepada Sarawak pula, Mohamad Shafizan berpendapat, peruntukan perlu ditambah dalam usaha menaik taraf dan membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sehubungan itu, saya berharap agar menerusi belanjawan yang akan datang, Kerajaan Persekutuan akan memberi peruntukan yang lebih kepada Sarawak bagi menjalankan projek-projek pembangunan untuk rakyat di negeri ini,” katanya.

Sementara itu Mohamad Shafizan berkata, beliau melihat penggulungan yang telah dibuat oleh beberapa kementerian berlangsung dengan lancar.

“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah memperuntukkan bajet sebanyak RM5.6 bilion kepada Sarawak,” katanya.

Sebelum ini, beliau telah mengusulkan mengenai benteng hakisan pantai perlu dibina di Beting Maro bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku melibatkan penduduk setempat khususnya di Kampung Semarang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan