Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara rumah yang terjejas berikutan kejadian tanah runtuh. Foto: BASARNAS.

Tanah runtuh di Riau, 33 orang mangsa masih tertimbus

ByTVS

JAKARTA, 9 Mac: Sekurang-kurangnya 21 maut manakala 33 mangsa dipercayai hilang susulan tanah runtuh di wilayah barat kepulauan Riau di Indonesia.

Memasuki hari ketiga hari ini pasukan Badan SAR Nasional (BASARNAS) meneruskan usaha mencari dan menyelamat di lokasi.

Pasukan penyelamat memeriksa lokasi kejadian tanah runtuh. Foto: BASARNAS.

Sementara itu, seluruh wilayah Kabupaten Natuna diisytiharkan darurat selama dua minggu bagi menangani bencana berkenaan.

Menurut Kepala Badan Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, Leftenan Jeneral Suharyanto, pihaknya akan memaksimumkan pencarian bagi mengesan mangsa dalam kejadian tanah runtuh yang juga menimbus lebih 30 rumah dengan kedalaman empat meter.

“Usaha mencari mangsa yang hilang diutamakan oleh pasukan pencarian bersama sehingga tempoh isytihar kecemasan dan kami akan cuba sedaya upaya mencari mangsa walaupun berdepan dengan cabaran cuaca buruk,” katanya.

Pasukan penyelamat sedang membawa mangsa-mangsa di lokasi kejadian tanah runtuh. Foto: BASARNAS.

Beliau menambah, kekuatan pasukan SAR turut ditambah bagi mempercepatkan pencarian mangsa serta anjing pengesan turut dikerahkan dalam operasi itu.

Pihak BNPB juga melaksanakan Teknologi Pengubahsuaian Cuaca (TMC) seketika ini bagi meminimumkan impak hujan sebagai inisiatif memudahkan proses mencari, menyelamat dan pemindahan mangsa.

Setakat ini, 1,216 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan susulan mereka ini kehilangan rumah selain mendapatkan rawatan dan logistik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan