Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan yang terbabit kemalangan di Jalan Sarikei ke Betong mengakibatkan seorang meninggal dunia. Foto: IPD Saratok.

Lelaki maut kereta bertembung lori tangki di Jalan Sarikei-Betong

SARATOK, 9 Mac: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis sedan yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki di Jalan Sarikei ke Betong, pada Rabu.

Insiden kira-kira jam 10.22 malam itu mengakibatkan mangsa, Kamarudin Halik, 28, yang merupakan juruteknik Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Betong meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Polis (DSP) Mordani Tanin berkata, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Betong menghala ke Sarikei.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kenderaan terbabit masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata, susulan kemalangan itu, kereta terbabit rosak teruk di bahagian hadapan dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya, kejadian juga mengakibatkan lori mengalami kerosakan pada bahagian hadapan kiri namun pemandunya yang berusia 33 tahun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan