Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.Foto Bernama.

Parlimen: Sektor agrikomoditi terus diperkasa, kata Fadillah

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajaan sentiasa komited untuk memastikan sektor agrikomoditi terus menyumbang kepada pembangunan sosio ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, selama beberapa dekad, sektor tersebut telah membantu rakyat Malaysia keluar daripada kepompong kemiskinan selain menyumbang ke arah pembangunan dan pertumbuhan sosio ekonomi negara dan mewujudkan peluang pekerjaan.

Ujar beliau di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bermula 2021 sehingga 2023, kerajaan telah menyediakan RM670 juta peruntukan kewangan secara purata pada setiap tahun dengan sebanyak 60 peratus bagi tujuan mengurus dan bakinya untuk pembangunan.

“Peruntukan tersebut digunakan untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan sektor ini kekal berdaya saing dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), di sini, hari ini.

Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, bagi tempoh 2021 hingga 2022, sektor agrikomoditi mengekalkan sumbangan tahunan secara purata 15 peratus daripada keseluruhan eksport negara.

“Pada 2021, sektor ini menyumbang sebanyak RM209.6 bilion iaitu 16.9 peratus daripada keseluruhan eksport negara dan pada  2022, sebanyak RM207.3 bilion iaitu 13.4 peratus daripada keseluruhan eksport negara.

“Berdasarkan kepada pendapatan eksport negara melalui sektor ini yang tinggi berbanding peruntukan yang diluluskan, KPK berpandangan jumlah peruntukan ini wajar dipertingkatkan,” katanya.

Fadillah menambah, cadangan peningkatan peruntukan ini boleh digunakan untuk meningkatkan hasil sektor agrikomoditi melalui pelbagai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), program-program menangkis persepsi negatif dan sebagainya.

Dalam usaha melangkah ke hadapan, beliau berkata, KPK akan memberi tumpuan kepada usaha menstruktur semula program pembangunan pekebun kecil melalui penglibatan secara aktif pemain-pemain besar industri sektor Agrikomoditi, khususnya dalam aktiviti pengeluaran dan pemasaran produk. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan