Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini.Foto Bernama.

Parlimen: Reformasi kesihatan negara akan dimulakan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kertas Putih Kesihatan yang dirangka merupakan permulaan kepada reformasi sistem kesihatan negara dan akan diteruskan sekiranya diterima, kata Dr. Zaliha Mustafa.

Beliau yang juga Menteri Kesihatan berkata, teras strategik kertas putih itu juga bertujuan untuk memastikan kemampanan pembiayaan penjagaan kesihatan dengan mempelbagaikan sumber pembiayaan.

Menerusinya kata Dr. Zaliha, tumpuan khusus akan diberikan kepada pembangunan skim insurans kesihatan nasional.

“Sekiranya mandat diperoleh melalui kelulusan Kertas Putih Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil langkah seterusnya dengan menjalankan kerja-kerja asas yang diperlukan dalam pembangunan skim insurans kesihatan nasional seperti pengiraan kadar caruman yang bersesuaian, pembangunan pakej manfaat kesihatan dan penentuan mekanisme pembayaran pembekal perkhidmatan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Perikatan Nasional -Tanjong Karang) yang ingin tahu mengenai status pelaksanaan skim insurans kesihatan kebangsaan.

Sehubungan Zaliha memohon sokongan semua ahli parlimen terhadap Kertas Putih Kesihatan yang dijangka akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jun depan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan