Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah menjawab soalan berkaitan kementeriannya di Parlimen hari ini. Foto tangkap layar Sidang Parlimen.

Parlimen: Garis panduan perancangan laluan kenderaan mikromobiliti dimuktamadkan

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajaan telah memuktamadkan garis panduan perancangan laluan kenderaan mikromobiliti yang memberi fokus kepada keperluan infrastruktur serta kemudahan sokongan yang lain.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, garis panduan ini disediakan sebagai rujukan kepada jabatan atau agensi persekutuan, pihak berkuasa negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak berkepentingan.

Katanya, ia bagi merancang, membangunkan dan mereka bentuk laluan mikromobiliti di kawasan pembangunan sedia ada dan pembangunan baharu.

“Pihak-pihak berkuasa berkenaan hendaklah menyediakan suatu infrastruktur jalan yang selamat bagi penggunaan mikromobiliti tersebut berdasarkan kepada garis panduan yang telah ditetapkan.

“Di samping itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) juga sedang merangka satu program penilaian keselamatan perhubungan berhubung kenderaan mikromobiliti ini,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Hasbi memberitahu, garis panduan itu juga melihat kepada keperluan mewujudkan satu piawai kenderaan mikromobiliti ini bagi menjamin keselamatan pengguna kenderaan tersebut.

Tambahnya, MIROS juga dalam usaha membangunkan garis panduan operator atau syarikat pengendali mikromobiliti di bawah program medan uji regulatory negara di samping menguji pakai garis panduan pelan Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan