Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Norazlan Anuar (5 dari kiri) menerima kertas cadangan daripada Zaiwin Kassim semasa mesyuarat hari ini. Foto: Koperasi Belia Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS)

Kerjasama KOBIS, SKM Sarawak perkasa usahawan muda di Sarawak

ByIqmal Firdaus

KUCHING, 7 Mac: Koperasi Belia Inovatif Sarawak Berhad (KOBIS) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Sarawak bercadang untuk bekerjasama bagi memperkasakan industri keusahawanan dalam kalangan golongan belia di negeri ini.

Kata sepakat itu dicapai menerusi pertemuan antara Pengerusi KOBIS, Zaiwin Kassim, dan Pengarah Bahagian Pentadbiran SKM Sarawak, Norazlan Anuar, di sini, pada Ahad.

Menurut kenyataan KOBIS hari ini, pertemuan berkenaan bertujuan untuk membincangkan perkara berkaitan dengan inisiatif yang boleh dilakukan dalam menerajui bidang  keusahawan dan pembangunan belia menerusi program latihan kemahiran.

“Kami percaya dengan kerjasama dan potensi KOBIS dan SKM, ia mampu untuk mempromosikan pembangunan dan keusahawanan belia di Malaysia terutama sekali di Sarawak.”

“Kami juga berharap agar komitmen ini mampu untuk menjalin hubungan yang kukuh dan mampu untuk memberi keuntungan pada masa akan datang.” kata Zaiwim Kassim dalam kenyataan terbabit-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan