Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peruntukan kepada Sarawak tidak harus mengambil kira jumlah penduduk sebaliknya keluasan kawasan harus dijadikan kriteria, kata Roy Angau Gingkoi. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: GPS mahu peruntukan pembangunan Sarawak ditambah

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyuarakan harapan agar peruntukan pembangunan kepada Sarawak akan dapat ditingkatkan pada masa akan datang.

Roy Angau Gingkoi (GPS- Lubok Antu) berkata, secara keseluruhan, GPS bersyukur dengan peruntukan pembangunan sebanyak RM5.6 bilion di bawah Belanjawan 2023 seperti dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, GPS memahami bahawa agihan berkenaan belum mencukupi untuk memenuhi 100 peratus hasrat dan keperluan untuk meneruskan projek-projek penting di Sarawak.

“(Namun) ia merupakan suatu permulaan yang cukup baik dan diharap pada masa akan datang, jumlah ini dapat ditingkatkan.

“Seperti yang saya tekankan dalam perbahasan sebelum ini, Sarawak harus dinilai bukan berdasarkan jumlah penduduknya, tetapi pada keluasannya yang hampir seluas Semenanjung Malaysia,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Tambah Roy Angau, berikutan keluasan Sarawak serta bentuk muka bumi yang mencabar, ia memberi banyak cabaran terutamanya bagi membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman.

Sementara itu, beliau turut membangkitkan masih ada projek-projek penting di kawasan luar bandar yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), RMK-10 dan RMK-11 walaupun peruntukan telah diluluskan menerusi beberapa belanjawan sebelum ini.

“Saya berharap isu projek yang telah lama tertangguh ini diambil serius oleh Kerajaan Perpaduan kerana kita tidak mahu dilabel sebagai wakil rakyat yang hanya sekadar berjanji sahaja,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan