Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Drone kuching DUN

COVID-19: 55 kes baharu di Sarawak

ByNurul Amarlina

KUCHING, 6 Mac: Jumlah kes baharu COVID-19 di Sarawak meningkat sedikit pada Minggu Epidemiologi sembilan iaitu 55 kes berbanding minggu sebelumnya sebanyak 51 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 324,636 kes.

Dalam pada itu, satu kematian direkodkan yang melibatkan kes di Bahagian Serian.

Kes baharu COVID-19 dalam kategori satu dan dua sebanyak 52 kes manakala dalam kategori tiga empat dan lima kekal tiga kes baharu.

Daerah Kuching merupakan daerah yang menjadi penyumbang utama kes baharu sebanyak 23 kes diikuti Miri (9), Bintulu (6), Sibu (5) dan Samarahan (5). – TVS

Kes baharu COVID-19 di Sarawak mengikut daerah bagi Minggu Epidemiologi 9 (26 Mac – 4 Feb 2023). Sumber: JPBN Sarawak
Tags: COVID-19, JPBN

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan