Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian. foto: Zaim Zharfan (TVS).

Kuching lokasi Persidangan AFA Sarawak 2023

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 6 Mac: Persidangan Animal for Asia (AFA) Sarawak 2023 yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) mulai 11 hingga 18 Oktober tahun ini membantu mempromosikan kebajikan haiwan dan pengurusan hidupan liar di rantau Asia-Pasifik.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata, AFA 2023 mempunyai pengisian komprehensif yang merangkumi pelbagai topik kebajikan haiwan.

“Kita berbangga kerana mereka (penganjur) mempunyai program yang sangat komprehensif melibatkan lima bidang utama iaitu kesihatan manusia dan haiwan, komunikasi, pendidikan dan penyelidikan, interaksi antara haiwan dan manusia, perdagangan hidupan liar, dan pusat menyelamat serta haiwan dalam kurungan.

“Semua topik ini sangat penting, mungkin beberapa topik dipersoalkan kerana sebelum ini ia telah disentuh, tetapi masa bergerak pantas dan berlaku perubahan setiap tahun, jadi terdapat keperluan bagi kita melihat ia kembali,“ katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada sidang media Persidangan AFA Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan dan Presiden Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA), Dona Drury Wee.

Dr Sim menambah, AFA 2023 merupakan platform untuk melibatkan diri dalam dialog yang membina dan meneroka penyelesaian inovatif kepada cabaran kebajikan haiwan.

Persidangan yang bertemakan ‘Pendidikan dan Penglibatan Membawa Perubahan’ itu akan menghimpunkan penceramah utama, penyelidik kebajikan haiwan, pendidik, pengamal, pelajar dan pencinta haiwan dari seluruh dunia.

Untuk rekod, ini merupakan kali kedua Kuching menjadi lokasi persidangan bertaraf antarabangsa itu selepas kali pertama pada 2015.

Pada edisi kali ini, Sarawak terpilih sebagai tuan rumah selepas mengatasi India dan Nepal pada pusingan akhir bidaan yang dijalankan Ogos tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan