Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo ketika mengadakan sidang media. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Pembinaan Jalan By-Pass dengan Jambatan Bailey baharu di Sungai Adis siap Ogos 2024

ByMuqri Aziz

BAU, 6 Mac: Projek pembinaan Jalan By-Pass dengan Jambatan Bailey baharu di Sungai Adis di sini, yang menelan kos sebanyak RM14.603 juta dijangka siap pada Ogos 2024.

Menurut Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Ir. Aidel Lariwoo, projek pembinaan jalan baharu itu akan menghubungkan tiga buah kampung berdekatan.

“Objektif utama projek pembinaan ini adalah untuk membina jalan yang panjangnya 8.177 kilometer (km) serta dua cadangan Jambatan Bailey baharu yang berukuran 36.576 meter dan 45.720 meter yang akan menghubungkan Kampung Apar, Kampung Segong dan Kampung Barieng.

“Penyiapan projek ini akan menyediakan jalan alternatif dan memudahkan laluan trafik dua hala kepada penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar terutamanya Kampung Apar, Kampung Segong dan Kampung Baring ke jalan utama sedia ada iaitu Jalan Tondong-Apar-Segong,” katanya kepada media di Balai Raya Kampung Barieng hari ini.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Ir. Aidel Lariwoo berkata projek pembinaan jalan baharu yang akan menghubungkan tiga buah kampung berdekatan akan menelan kos sebanyak RM14.603 juta. Foto: Muqri Aziz (TVS)

Aidel yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya berkata, pembinaan jalan yang dicadangkan itu juga akan mempercepatkan proses kerajaan membuka lebih banyak tanah untuk tujuan pertanian yang seterusnya akan merangsang pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di kawasan sekitar.

“Pembinaan jalan ini dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan ia juga adalah sebahagian daripada projek luar bandar yang sedang dijalankan oleh Kementerian Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah (KKDW) yang memberi fasiliti infrastruktur untuk penduduk luar bandar.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan