Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Fadillah Yusof berasa sebak mengimbau perjuangan dan pengorbanan arwah ayahnya ketika berucap di Majlis Kesyukuran Bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu, di Kuching semalam. Foto: FB Fadillah Yusof

Fadillah sebak, berkongsi kisah arwah bapa antara pejuang kemerdekaan Sarawak

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 6 Mac: Rakyat di negeri ini diingatkan sentiasa mengingati jasa dan pengorbanan tokoh terdahulu yang memperjuangkan kemerdekaan untuk Sarawak.

Pesanan sedemikian dizahirkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menerusi satu hantaran di Facebooknya, pada Ahad selepas menghadiri Majlis Kesyukuran Bersama Persatuan Penduduk Kampung Datu Sibu di di sini pada Ahad.

Menerusi hantaran berkenaan, Fadillah mengakui tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi kisah pengorbanan dan perjuangan arwah bapanya yang pernah berjuang bersama tokoh hebat, Allahyarham Rosli Dhoby memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

“Arwah ayah saya dahulu seorang pejuang  kemerdekaan Sarawak, yang sanggup berkorban menentang penjajah sehinggakan arwah ayah saya dipenjara dua kali,” katanya.

Tegas Ahli Parlimen Petra Jaya itu lagi semangat juang rakyat terdahulu wajar dicontohi ekoran ia akan menjadi pembakar semangat untuk generasi masa kini meneruskan perjuangan.

“Inilah perjuangan anak cucu yang kita perlu teruskan. Perjuangan untuk Sarawak bukannya mudah, ramai pejuang kita yang mati ditali gantung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Fadillah juga mendedahkan beliau bukannya berasal daripada keluarga yang berada namun asal usulnya terdahulu menjadikan dirinya hari ini.

“Bagaimana susahnya hidup, emak saya dahulu hanya mengambil upah jadi amah, mencuci pakaian di rumah orang dan mengambil upah menjahit baju,

“Di manapun kita berada, jangan lupa asal usul kita, jangan lupa akan perit jerih perjuangan orang tua kita,” tegasnya.

Beliau menekankan perjuangan mereka serta pejuang terdahulu telah memberi nikmat kemerdekaan dan keharmonian seperti hari ini.

“Semua ini kita perlu teruskan demi anak cucu kita di masa hadapan,” ujarnya -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan