Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Khirudin ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti hari ini. Foto: Izzah Kamilah (TVS)

JBPM Sarawak perkasa Pasukan Bomba Komuniti hadapi bencana

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Mac: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak terus memperkasa Pasukan Bomba Komuniti dengan menarik lebih ramai masyarakat setempat menyertai kursus-kursus kesiapsiagaan bencana.

Pengarahnya, Datu Khirudin Drahman berkata, melalui tenaga komuniti itu, bencana seperti banjir dapat ditangani dengan tenang apabila masyarakat sendiri telah terlatih, sekali gus memudahkan koordinasi kerja-kerja menyelamat.

“Jika kita lihat dari segi isu banjir yang berlaku di Sarawak terutamanya semasa wabak COVID-19 melanda, kita tidak mendapat apa-apa rungutan dari masyarakat.

“Ini kerana kebanyakan masyarakat kita terdiri dari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang sudah dilatih untuk menghadapi dan menangani situasi seperti ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti di Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya hari ini.

Katanya, melalui maklumat yang disalurkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Pasukan Komuniti Bomba dapat bekerjasama dengan baik dalam memastikan rangkaian hubungan dengan beberapa agensi.

Khirudin dan Sharifah Hasidah bersama ahli bomba ketika sesi bergambar selepas Majlis Penutupan Kursus Pengukuhan dan Kursus Ahli-Ahli Baharu Bomba Komuniti hari ini. Foto: Izzah Kamilah

“Dengan adanya rangakaian bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bantuan seperti makanan dan Pusat Pasca Insiden (PSPI) dalam mengurus kehilangan atau kerosakan dokumen penting, kita dapat membantu mereka dan sekali gus kegusaran dan kegelisahan dapat ditangani,” katanya lagi.

Ujar Khirudin juga, Pasukan Komuniti Bomba juga dilatih untuk menjadi pemimpin dalam sesuatu kawasan apabila sesuatu bencana berlaku seiring dengan keperluan masyarakat yang memerlukan orang yang boleh memimpin ketika berlakunya bencana.

Untuk rekod, setakat ini Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) di bawah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Sarawak mempunyai sekitar 10,000 keahlian di seluruh negeri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan