Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan BBP Kanowit bersama petugas JKM melaksanakan khidmat khas penghantaran bekalan makanan kepada penduduk terjejas banjir di lima buah rumah panjang di Machan, Kanowit. Foto: BBP Kanowit

BBP Kanowit bantu hantar bekalan makanan mangsa banjir di Machan

KANOWIT, 5 Mac: Sebanyak 148 pek bekalan makan telah diagihkan kepada penduduk di lima buah rumah panjang terjejas banjir di kawasan Machan dekat sini, semalam.

Khidmat penghantaran bekalan makanan itu telah berjaya disempurnakan dengan lancar oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit yang menyediakan sebuah bot untuk tujuan itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Arrahman Chik berkata, seramai tiga anggotanya terlibat dalam misi yang bermula pada jam 10.55 pagi.

“Misi khidmat khas, kami kali ini adalah untuk membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar 148 pek bekalan makanan kepada lima buah rumah panjang yang terjejas banjir atau terputus hubungan akibat banjir sebelum ini.

Katanya, penghantaran telah dilakukan menggunakan bot bomba melalui laluan sungai menyusuri Sungai Kanowit.

Lima buah rumah panjang yang menerima bantuan bekalan makanan berkenaan ialah Rh. Anchoi Abit (20 pek), Rh. Jonathan Gangga (30 pek), Rh. Shamsudin (22 pek) Rh. Gramong Tom (44 pek) dan Rh. Malaka (32 pek).

“Penghantaran bekalan makanan tersebut selesai pada jam 4.10 petang di mana semua pek bekalan makanan berkenaan diagihkan kepada kesemua Ketua Isi Rumah (KIR) di lima buah rumah panjang berkenaan oleh empat petugas dari JKM yang turut serta dalam rombongan semalam,” katanya.

Pada Rabu lalu, jalan masuk menuju ke lima kawasan rumah panjang berkenaan di Machan telah terputus hubungan akibat hujan lebat berpanjangan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan