Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kaunselor Sufian Mohat menyerahkan pemberian subsidi dan kemudahan tong sampah kepada pembayar cukai di daerah Limbang. Foto: TVS

MDL beri subsidi kepada pembayar cukai

LIMBANG, 5 Mac: Majlis Daerah Limbang (MDL) memperkenalkan pemberian subsidi kepada pembayar cukai taksiran sebagai inisiatif terbaik kepada masyarakat untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai.

Wali Kotanya, Kaunselor Sufian Mohat berkata, MDL akan terus menjalankan pelbagai pendekatan dalam memberi kesedaran kepada masyarakat di daerah berkenaan untuk membayar cukai masing-masing.

Beliau berkata, keengganan pembayar cukai ini untuk menunaikan tanggungjawab membayar cukai hanya akan menyebabkan MDL tidak dapat menjalankan tugas-tugas selain berisiko berdepan kerugian.

“Pada tahun ini kita telah memulakan langkah agar masyarakat Limbang ini mempunyai satu kesedaran untuk membayar cukai, iaitu cukai taksiran sebenarnya iaitu yang menjadi salah satu menyebab utama MDL tidak dapat menjalankan tugas-tugas itu dengan sebaik mungkin kerana setiap tahun hampir mengalami kerugian,” katanya pada Program Komuniti Bersama Ahli Majlis di Purnama Hotel semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Pengelola Program, Kaunselor Frederick Lalong.

Jelas Kaunselor Sufian lagi, bagi tujuan berkenaan, MDL mengorak langkah seperti majlis bandaraya besar di Sarawak untuk memperkenalkan pemberian subsidi kepada 300 orang yang terawal membayar cukai taksiran.

“Di peringkat MDL kita telahpun berusaha untuk mengikuti jejak langkah majlis bandaraya-bandaraya yang besar seperti Miri iaitu memberi subsidi sekiranya mereka membayar cukai.

“Pada tahun ini kita telahpun memulakan langkah memberikan subsidi untuk 300 orang pertama yang terawal membayar cukai dengan memberikan kemudahan tong sampah dengan bayaran RM50 berbanding harga asalnya lebih RM200.

“Inilah inisiatif kita supaya masyarakat Limbang mempunyai satu kesedaran membayar cukai ini kepada MDL agar kita boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik semula kepada rakyat di sini,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, Program Komuniti Bersama Ahli Majlis satu inisiatif tepat untuk memperkenalkan MDL kepada masyarakat, selain menjelaskan peranan dan fungsi mereka.

“MDL mempunyai tujuh seksyen yang mempunyai fungsi dan peranan yang berbeza untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat termasuk bahagian kerja raya, kesihatan awam, pentadbiran, kewangan, pelesenan, penilaian, penguatkuasaan dan perpustakaan,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan